Kewangan dan Perkara Am

1. Fungsi
Menjalankan urusniaga harian dan menyimpan buku-buku akaun yang betul dan mengikut tatacara yang teratur untuk semua transaksi perakaunan Majlis.

2. Objektif
Mengekalkan kejernihan & kebertanggungjawapan dalam mendokong kepercayaan umum dan pemegang amanah harta.
Menyediakan maklumat perakaunan yang berguna untuk pengguna akaun untuk memudahkan keputusan dibuat.
Mengekalkan imej yang baik dan mengekalkan hubungan baik dengan para pelanggan secara profesional.

3. Tugas dan tanggungjawab/Aktiviti.
(a). Unit Pemungutan Hasi
  -     Pemungutan Hasil dan pengendalian wang
  -     Kemaskini buku-buku rekod hasil harian dan bulanan
  -     Billing
  -     Membuka buku/kad daftar rekod perniagaan baru
  -     Menyedia Senarai Tunggakan Hasil
(b). Unit Pembayaran dan Akaun
  -     Menyedia baucar-baucar pembayaran am/gaji/elaun-elaun, dll. 
  -     Kemaskini buku-buku rekod pembayaran harian dan bulanan
  -     Kemaskini Buku Tunai Besar dan menyedia Penyata Penyesuaian
  -     Bank
(c). Lain-lain tugas/tanggungjawab
  -     Menyedia laporan-laporan/penyata-penyata kewangan/maklumat
  -     maklumat  perakaunan
  -     Menyedia Anggaran Tahunan
  -     Penilaian dan pengemaskinian senarai hartanah

4). Perkhidmatan Kaunter.
4.1. Bayaran-bayaran yang boleh dilakukan di kaunter ialah, semua jenis LESEN dibawah undang-undang kecil/ Ordinan Majlis Daerah Keningau.

TERMASUK pembayaran denda-denda, kompaun, caj-caj, sewa dan fee yang dikenakan dibawah Undang-Undang Kecil/Ordinan diatas dan dibawah Undang-Undang Kecil seperti berikut:
  -           Undang-undang Kecil Anti Sampah 1984
  -           Pemilaharaan dan Kebersihan 1984
  -           Undang-undang Kecil Bangunan 1983,
SERTA, pembayaran
  -           cukai-cukai pintu (Penilaian), dan
  -           ses tanah.

5. Kadar cukai pintu bagi tahun 2001 adalah seperti berikut:-
Cukai pintu adalah dikenakan keatas hartanah bergeran yang terletak di dalam kawasan perkadaran menurut warta no. GN. No. S103-64 merangkumi 446 ekar dan warta no. GN. merangkumi 65 ekar (Ditambah dalam tahun 1991).
Kawasan perkadaran tambahan yang dicadangkan adalah seluas 3,390 ekar dan apabila diwartakan, akan bertambah keluasan kepada 3,901 ekar.  Jumlah hartanah yang dikenakan cukai.

6. PROSES PEMBAYARAN DI KAUNTER
Gunakan nombor giliran
Apabila giliran tiba, sila berikan nama anda,nama premis perniagaan & lokasi premis kepada pegawai di kaunter.
Anda diberitahu amaun yang perlu dibayar
Berikan wang kepada pegawai di kaunter
Dapatkan resit resmi.
Selesai.